PENGENALAN
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca. Saya dan rakan-rakan daripada KPJ International College, Johor Bahru. Kami dari group 8(Cohort 15) ingin berkongsi sedikit sebanyak tentang sejarah dan kisah misteri disebalik Kellie's Castle.
NAMA AHLI KUMPULAN ;
1.Nur Izzati Najihah Binti Othman(23041163027)
2.Nur Hassanah Binti Agus(23041163057)
3.Nurfarhanah Binti Usri(23041163068)
4.Nur Etta Farina Binti Mohd Ridzuan(23041163025)
5.Pavitra a/p Subramaniam(23041163030)
6.Zulasyri Bin Zulkifli(23041163043)
7.Elavarasi a/p Elangovan(23041163048)
Sebut sahaja Batu Gajah, Perak, pastinya nama Istana Kellie atau Kellie’s Castle akan disebut sebagai tarikan utamanya. Walaupun telah berusia 113 tahun, istana lama yang mulai dibina pada tahun 1905 ini terus kukuh berdiri di puncak bukit, malah keadaan fizikalnya makin bertambah baik hasil aktiviti konservasi yang telah dilakukan keatasnya. Jika mahu disingkap sejarah pembinaanya, ramai yang menyatakan Istana Kellie itu ibarat Taj Mahal Malaysia, kerana sepertimana bangunan bersejarah di Agra, India itu, Istana Kellie dikatakan dibina sebagai manifestasi cinta seorang suami kepada isterinya.
Jika Taj Mahal dibina sebagai lambang cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal, Istana Kellie pula dibina atas rasa kasih dan sayang William Kellie Smith kepada isteri beliau, Agnes. William Kellie Smith dikatakan bertemu jodoh dengan Agnes sewaktu berada diatas kapal dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang. Sebenarnya William Kellie Smith bukan sahaja telah membina sebuah istana buat isterinya, tetapi beliau turut memindahkan beberapa hartanah miliknya atas nama Agnes. Kedudukan sosial keluarga William Kellie Smith pada ketika itu dikatakan sangat tinggi, malah mereka dikatakan dikalangan 10 keluarga elit di daerah Kinta yang menguasai perusahaan ladang getah dan pelombongan bijih timah.
ASAL USUL WILLIAM KELLIE SMITH
Jika Taj Mahal dibina sebagai lambang cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal, Istana Kellie pula dibina atas rasa kasih dan sayang William Kellie Smith kepada isteri beliau, Agnes. William Kellie Smith dikatakan bertemu jodoh dengan Agnes sewaktu berada diatas kapal dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang. Sebenarnya William Kellie Smith bukan sahaja telah membina sebuah istana buat isterinya, tetapi beliau turut memindahkan beberapa hartanah miliknya atas nama Agnes. Kedudukan sosial keluarga William Kellie Smith pada ketika itu dikatakan sangat tinggi, malah mereka dikatakan dikalangan 10 keluarga elit di daerah Kinta yang menguasai perusahaan ladang getah dan pelombongan bijih timah.
Pada kurun ke 19, Batu Gajah
terkenal sebagai kawasan pengeluaran bijih timah serta getah yang utama di
negeri Perak dan Tanah Melayu. Disebabkan itu, ramai usahawan dari Eropah yang
datang ke kawasan ini untuk melabur dan membuka ladang-ladang serta lombong
bijih timah disini. Diantara orang Eropah yang datang adalah untuk mencuba
nasib menjadi pusat perladangan getah di Batu Gajah ini ialah Wiliam Kellie
Smith.
William Kellie Smith dilahirkan
pada 1 mac 1870 di Scotland. Dilahirkan dalam keluarga petani dan merupakan anak
ketiga daripada 5 orang adik-beradik. Pada 1 Mac 1890, sewaktu berumur 20
tahun, William telah datang merantau ke Malaya untuk menambah baik taraf
kehidupannya. Beliau bermula dengan bekerja sebagai Jurutera awam dengan
kontrak 2 tahun dengan kerajaan untuk membina laluan keretapi, malangnya projek
itu terpaksa diberhentikan. Bagaimanapun, beliau telah bekerjasama dengan
seorang kontraktor iaitu Charles Alma Baker untuk membuat projek membina jalan
raya di Perak. Dari situ beliau mula terlibat dalam bidang perladangan pokok
getah dan industri perlombongan bijih timah. Beliau merupakan pemilik Kinta
Kellas Estate untuk ladang getah dan Kinta Kellas Tin Dredging Company yang
mengusahakan perlombongan bijih timah.
Kellie Smith telah berkahwin dengan
isterinya iaitu Agnes pada tahun 1903 yang merupakan pewaris kepada perniagaan
kapas yang diusahakan oleh keluarga beliau dan bakal mewarisi dana sebanyak 300
000 pound. Beliau kemudian membawa isterinya ke Tanah Melayu dan beberapa tahun
kemudian, pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan bernama Helen. Beliau
sayangkan anak perempuannya, namun beliau menginginkan untuk mendapatkan anak
lelaki sebagai pewaris empayar perniagaan yang beliau bina selama ini. Namun,
ternyata sukar bagi Agnes untuk memperoleh anak kedua.
Hanya selepas sebelas tahun barulah
Agnes mengandung semula. Pada tahun 1915, Agnes telah melahirkan seorang bayi
lelaki yang dinamakan sebagai Anthony.
Istana Kellie dibina atas rasa kasih dan sayang William Kellie Smith kepada isteri beliau, Agnes, Kellie mula merancang untuk membina sebuah rumah
agam yang besar dan indah. Disebabkan minat beliau kepada negara India dan
ajaran Hindu, beliau telah membawa ciri-ciri ini dalam seni bina untuk rumah
barunya. Disamping itu, istana ini juga turut mempunyai seni Roman dan Moorish yang menambahkan lagi keunikannya. Batu bata dan kebanyakkan bahan bina telah diimport daripada India.
Bahkan beliau membawa 70 pekerja mahir daripada Madras, Selatan India untuk
pembinaan rumah agam tersebut.
Kellie telah cuba sedaya upaya
untuk mendapatkan wang dan ideanya untuk memastikan rumah ini lain dari yang
lain. Kellie berhasrat ingin meletakkan lif didalam istana tersebut agar
menjadi lif yang pertama di Malaya ketika itu. Disamping itu juga, istana ini
juga mempunyai 14 bilik khas untuk menyimpan arak, bilik linen, bilik bacaan,
fotografi dan juga bilik bawah tanah yang dilengkapi dengan terowong rahsia
beserta kemudahan lif yang pertama dibina seumpamanya di Tanah Melayu. Selain
itu juga, istana ini mempunyai ruang untuk bermain tenis di atas bumbung.
Dengan kedudukan istana yang dibina
di atas bukit dan juga kedudukan yang strategik, Kellie dan juga pengawal
beliau telah bersiap sedia untuk melarikan diri jika berlaku apa-apa serangan
orang tempatan terhadap beliau. Bilik-bilik ahli keluarga Kellie mempunyai
laluan rahsia yang terletak didalam bilik mandi untuk membolehkan ahli keluarganya melarikan
diri melalui tangga yang sempit ke tingkat bawah. Bukan itu sahaja, kawasan
taman istana tersebut juga dibina beberapa laluan terowong bawah tanah rahsia
yang membolehkan keluarga Kellie lari dari istana ke kuil berdekatan.
Kemudian sebuah kuil dibina sempena
dewa Mariamman telah dibina dalam jarak 1500 meter daripada tapak rumah agam
tersebut. Ada yang menyatakan bahawa Kellie membina kuil tersebut untuk
melindungi mereka yang tinggal di tanah milik beliau. Ada juga pendapat pula
mengatakan Kellie membina kuil tersebut sebagai pusat ajaran Hindu sehingga ke
hari ini.
Hajat Kellie ingin melihat
istananya siap akhirnya tidak kesampaian. Istana ini akhirnya terbengkalai
apabila wabak Spanish Flu telah merebak dan membunuh ramai pekerja Kellie.
Selepas 11 tahun, ia mula dibina semula tetapi istana ini masih belum dapat
disiapkan kerana tercetusnya Perang Dunia Pertama. Pada Disember 1926, Kellie
tidak sempat merasai tinggal di istana tersebut kerana semasa perjalanan beliau
ke Lisbon,Portugal beliau telah meninggal dunia pada umur 56 tahun kerana
menghidap penyakit pneumonia. Agnes kemudiannya pulang ke Scotland bersama
dengan anak-anaknya. Beliau telah menjual rumah agam tersebut kepada syarikat
British bernama Harrison and Crossfield.
Anthony Kellie Smith pula telah
maut dalam Perang Dunia Kedua dan Helen tidak pernah pulang ke Kellie’s Castle.
Tinggalan yang ada pada rumah pertama milik Kellie yang berada di belakang
rumah agam yang tidak siap hanyalah laluan pejalan kaki dan beberapa bahagian
dinding yang sudah runtuh. Kellie’s Castle telah dibaikpulih dan kelihatan
seperti tidak pernah diusik semenjak dari dahulu. Rumah agam tersebut juga
pernah digunakan dalam filem tahun 1999 iaitu filem Anna and the King.
MISTERI KELLIE'S CASTLE
Antara kawasan paling 'keras' di dalam rumah agam ini dinamakan Balkoni Serambi Berhantu. Kawasan ini bersebelahan bilik Helen. Video dibawah hanyalah lakonan semata-mata.
Kisah 1 –
Roh William Kellie Smith menjaga istananya
Roh William Kellie Smith dikatakan sentiasa merayau-rayau di
sekitar koridor bekas istananya itu. Tajuddin Yaakob, Pengarah Aqfast
Enterprise, iaitu syarikat yang bertanggungjawab menguruskan Istana Kellie
turut berkongsi kisah misteri ketika ditemuduga dalam satu rancangan
dokumentari. Beliau merujuk peristiwa di mana sekumpulan ahli naturalis
saintifik dari Kanada yang mengadakan kajian tentang haiwan yang keluar pada
waktu malam di kawasan berkenaan. Sekitar tengah malam, setelah selesai
mengambil gambar, salah seorang anggota wanita pasukan tersebut dikatakan telah
terlihat satu lembaga yang menyerupai seorang lelaki berbangsa eropah sedang
berdiri dan menjenguk dari salah satu tingkat di istana berkenaan, lembaga
tersebut dipercayai roh William Kellie Smith. (Sumber: NST, 27 Mei 2008)
Kisah 2 – Misteri bilik
helen
Antara salah satu ruang di dalam Istana Kellie yang dianggap
mempunyai misteri ialah bilik anak perempuan beliau, iaitu Helen. Seorang
pengunjung Istana Kellie dikatakan pernah terlihat seorang budak perempuan
berbangsa eropah berusia dalam lingkungan usia enam tahun berkeliaran di dalam
bilik tersebut.
Kisah 3 – Pengawal tanpa
kaki
Pada tahun 1995, dikisahkan terdapat empat orang pemuda dari
Tapah, Perak buat kali pertamanya melawati Istana Kellie. Mereka sampai di
Istana berkenaan pada kira-kira pukul lima petang. Malangnya mereka telah
didatangi seorang lelaki yang dipercayai pengawal istana berkenaan dan
dimaklumkan bahawa premis berkenaan telah ditutup kerana telah melewati tempoh
melawat. Sebelum meninggalkan premis berkenaan mereka sempat memandang ke arah
pengawal tadi yang sedang menuju ke arah pondok pengawalnya, di situlah baru
mereka sedari bahawa pangawal tadi rupanya tidak mempunyai kaki, sebaliknya
seakan-akan melayang menuju ke pondoknya (Sumber: NST, 8 Oktober 2006).
Kisah 4 – Bertemu Langsuir
Seorang pengawal di Istana
Kellie, Kamazan Yeop atau Pak Naman berkongsi pengalaman seram beliau sewaktu
melakukan tugas rondaan selepas waktu melawat yang berakhir pada pukul 6
petang. Sewaktu beliau melintasi sebatang pokok angsana yang berada di halaman
istana berkenaan, beliau terdengar bunyi yang agak mencurigakan, lalu mematikan
langkah beliau di situ. Sebaik sahaja beliau menoleh ke belakang, kelihatan
satu lembaga putih dengan rambut panjang menggerbang muncul di sisi pokok angsana
berkenaan dan menuju ke arah di mana beliau sedang berdiri. Dalam situasi cemas
itu, Pak Naman sempat membaca beberapa potong ayat al-Quran sambil mengacukan
senapang patah beliau ke arah lembaga tersebut. Beberapa das dilepaskan, namun
ianya tidak meninggalkan sebarang kesan. Sebaliknya lembaga tersebut melayang
terbang meninggalkan kawasan tersebut. Dikatakan lembaga yang ditemui
oleh Pak Naman itu sebenarnya adalah hantu Langsuir. Beberapa hari
kemudian, Pak Naman sekali lagi terserempak dengan satu lembaga putih, cuma
kali ini di sekitar kawasan surau istana berkenaan. Pak Naman tidak pasti
adakah lembaga yang beliau temui di kawasan surau itu adalah lembaga yang sama
yang pernah ditemuinya sebelum ini. Kedua-dua peristiwa ini berlaku dalam tahun
1997 (Sumber: NST, 26 Jun 2006).
PENUTUP
Kellie's castle menyimpan pelbagai kenangan yang pahit dan manis. Istana yang tersergam indah ini adalah milik William Kellie Smith yang berasal dari scotland. Beliau meninggalkan rumahnya di Kellas untuk mencuba nasib dengan membuka perniagaan di Tanah Melayu. Pembinaan rumah agam ini mengalami beberapa masalah dan ia tidak dapat disempurnakan hingga hari ini. William Kellie Smith meninggal dunia pada 11 Disember 1926 di Pelabuhan Lisbon ,Portugal kerana radang paru-paru.
Walaupun Kellie's Castle ini tidak sempurna dibina dan dikatakan mempuyai pelbagai kisah mistik dan seram seperti yang diceritakan ,namun istana yang berdiri gah di atas bukit ,di bandar Ipoh ini tetap menjadi tarikan dan kunjungan para pelancong bukan sahaja dari dalam negara malah dari luar negara juga. Istana ini telah dijadikan sebagai tempat pelancongan bersejarah dan menjadi sumber pendapatan ekonomi untuk negara.
RUJUKAN
PENUTUP
Kellie's castle menyimpan pelbagai kenangan yang pahit dan manis. Istana yang tersergam indah ini adalah milik William Kellie Smith yang berasal dari scotland. Beliau meninggalkan rumahnya di Kellas untuk mencuba nasib dengan membuka perniagaan di Tanah Melayu. Pembinaan rumah agam ini mengalami beberapa masalah dan ia tidak dapat disempurnakan hingga hari ini. William Kellie Smith meninggal dunia pada 11 Disember 1926 di Pelabuhan Lisbon ,Portugal kerana radang paru-paru.
Walaupun Kellie's Castle ini tidak sempurna dibina dan dikatakan mempuyai pelbagai kisah mistik dan seram seperti yang diceritakan ,namun istana yang berdiri gah di atas bukit ,di bandar Ipoh ini tetap menjadi tarikan dan kunjungan para pelancong bukan sahaja dari dalam negara malah dari luar negara juga. Istana ini telah dijadikan sebagai tempat pelancongan bersejarah dan menjadi sumber pendapatan ekonomi untuk negara.
RUJUKAN
Admin. (2017,
August 8). misteri kellie's castle, bangunan paling berhantu di Malaysia!
Retrieved from sentiasapanas.com: www.sentiasapanas.com
ARKIB. (2013, Ogos
24). lambang cinta kellie. Retrieved from utusan online:
https://ww1.utusan.com.my
rassel. (2009, Mac
1). kellie castle. Retrieved from sejarah kellie castle:
kelliescastles.blogspot.com
Rayyan. (2017,
June 4). misteri kellie castle. Retrieved from orangperak.com:
https://www.orangperak.com
Yunus, Z. M. (2015,
March 8). meremang di kellie's castle. Retrieved from bharian.com.my:
https://www.bharian.com.my